Monday 14 May 2012

KEMAJUAN TEKNOLOGI DI UKM

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Kini, banyak teknologi yang dapat kita lihat terdapat di sekitar kita yang bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memudahkan tugas seharian masyarat.

Selaras dengan pembangunan kemajuan teknologi negara,Universiti Kebangsaan Malaysia juga tidak terlepas pandang tentang hal ini dan turut sama menyediakan kemudahan teknologi terbaik kepada mahasiswa-mahasiswa Universiti tersebut supaya tidak digelar sebagai Universiti kuno.

 Antara teknologi yang sememangnya telah sinonim dengan para penuntut di UKM, adalah Spin Bangi, SMPWEB, Katalog Gemilang UKM, e-Pelajar, dan e-fact. Kesemua kemudahan ini secara tidak langsung telah memudahkan pelajar supaya tidak perlu bersusah payah mencari bahan rujukan atau maklumat yang mereka perlukan.Lantaran itu, besar harapan pihak Universiti yang ingin melihat mahasiswa-mahasiswa penggerak negara ini mampu memberi nama baik kepada Universiti kebanggaan Malaysia yang tercinta ini. Antara kelebihan dan kepentingan sistem-sistem ini adalah :

1)   Spin Bangi
Merupakan satu medium yang mendekatkan lagi hubungan para pelajar dengan tenaga pengajarnya dimana, ia meupakan satu-satunya cara kepada pensyarah untuk menyampaikan apa jua bentuk maklumat yang dirasakan penting dan perlu disampaikan kepada pelajar yang mendaftar di kelas atau kuliahnya. Selain itu, pelajar juga boleh memuat turun nota kuliah atau tutorial yang telahpun dimuat turun oleh pensyarah masing-masing.


 2)   SMPWEB
Memaparkan segala maklumat pelajar dan menjadi satu medium kepada para pelajar untuk mengisi pendaftaran kursus mereka secara online tanpa perlu mendaftar secara manual mengikut kesesuain dan keselesaan masa serta tempat yang mereka ingini.


3) Katalog Gemilang UKM
Kegunaan Katalog UKM ini adalah sangat penting bagi membantu mahasiswa mencari bahan seperti jurnal, artikel, buku pelajaran dan seumpama dengannya. Kewujudan sistem ini sangat memberi manfaat kepada siswazah yang dalam usaha untuk menyiapkan tesis atau penyelidikan mereka.







6 comments:

  1. saya bersetuju dengan pendapat awak

    ReplyDelete
  2. spin ukm mmg bantu student to interact with lecturer information, lecturer note..dizaman serba teknologi ni, mmg spin ukm perlu di upgrade more user friendly and lbh banyak function..

    ReplyDelete
  3. satu medium yang baik dan seiring dengan teknologi zaman kini...

    ReplyDelete
  4. agree with syiera.spin ukm very helpful to students as well as in ukm,btw,there are some improvement are needed in spin ukm because there are still some lecturer that not use it as it it fuctions as students teaching aids.

    ReplyDelete
  5. Ketiga-tiga kemudahan teknologi yang disenaraikan memang banyak membantu pelajar UKM dalam menerima suatu maklumat.

    ReplyDelete