Monday 14 May 2012

KEMAJUAN TEKNOLOGI DI UKM

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Kini, banyak teknologi yang dapat kita lihat terdapat di sekitar kita yang bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memudahkan tugas seharian masyarat.

Selaras dengan pembangunan kemajuan teknologi negara,Universiti Kebangsaan Malaysia juga tidak terlepas pandang tentang hal ini dan turut sama menyediakan kemudahan teknologi terbaik kepada mahasiswa-mahasiswa Universiti tersebut supaya tidak digelar sebagai Universiti kuno.

 Antara teknologi yang sememangnya telah sinonim dengan para penuntut di UKM, adalah Spin Bangi, SMPWEB, Katalog Gemilang UKM, e-Pelajar, dan e-fact. Kesemua kemudahan ini secara tidak langsung telah memudahkan pelajar supaya tidak perlu bersusah payah mencari bahan rujukan atau maklumat yang mereka perlukan.Lantaran itu, besar harapan pihak Universiti yang ingin melihat mahasiswa-mahasiswa penggerak negara ini mampu memberi nama baik kepada Universiti kebanggaan Malaysia yang tercinta ini. Antara kelebihan dan kepentingan sistem-sistem ini adalah :

1)   Spin Bangi
Merupakan satu medium yang mendekatkan lagi hubungan para pelajar dengan tenaga pengajarnya dimana, ia meupakan satu-satunya cara kepada pensyarah untuk menyampaikan apa jua bentuk maklumat yang dirasakan penting dan perlu disampaikan kepada pelajar yang mendaftar di kelas atau kuliahnya. Selain itu, pelajar juga boleh memuat turun nota kuliah atau tutorial yang telahpun dimuat turun oleh pensyarah masing-masing.


 2)   SMPWEB
Memaparkan segala maklumat pelajar dan menjadi satu medium kepada para pelajar untuk mengisi pendaftaran kursus mereka secara online tanpa perlu mendaftar secara manual mengikut kesesuain dan keselesaan masa serta tempat yang mereka ingini.


3) Katalog Gemilang UKM
Kegunaan Katalog UKM ini adalah sangat penting bagi membantu mahasiswa mencari bahan seperti jurnal, artikel, buku pelajaran dan seumpama dengannya. Kewujudan sistem ini sangat memberi manfaat kepada siswazah yang dalam usaha untuk menyiapkan tesis atau penyelidikan mereka.







MAKLUMAT PERIBADI

                                            NAMA             :   NURMARINA BINTI OTHMAN
                                            NO MATRIK    :  A133449
                                            EMEL               :  nurmarina91@gmail.com
                                            TAHUN            :  2
                                            FAKULTI         :  FEP
                                            FACEBOOK    :  nurmarina Othman

REKABENTUK TANGLUNG BERASASKAN TIN MINUMAN


























Sunday 13 May 2012

VIDEO PERNIAGAAN


1) AHLI PERNIAGAAN YANG MEMENTINGKAN SOLAT


2) HUKUM MENGGUNAKAN PELARIS DALAM PERNIAGAAN


3) PERNIAGAAN ABAD KE-21



4) PENTERNAKAN CACING 



5) PERNIAGAAN UNTUK KANAK-KANAK




6) TIPS MEMBUKA PERNIAGAAN DI MALAYSIA


7) ZAKAT PENDAPATAN PERNIAGAAN


8) IKLAN BAGI  MEMPROMOSIKAN AIR PEPSI


9) A BAD MEETING EVER



10) STRATEGI SUPAYA PEKERJA LEBIH PRODUKTIF



GAMBAR INOVASI

1)         E-CIGARETTE
Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser.
Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik.




2)         JAMBAN LIPAT
Jamban lipat diperkenalkan oleh Robert Hamilton dari Jepun. Dipraktikkan oleh pesakit-pesakit yang susah untuk bergerak pada mulanya. Namun, lama kelamaan semakin ramai yang mendapatkannya bagi kegunaan harian contohnya untuk pergi bercuti di hutan. Ianya senang digunakan dan mudah dibawa kerana boleh dilipat.


3)         USB MINI FRIDGE
Penggemar minuman dingin sambil bekerja atau bermain komputer? Gadget baru!! USB Fridge, sebuah kulkas portabel berukuran mini, hanya cucukkan di komputer atau notebook  port USB, masukkan minuman kedalamnya dan minuman tersebut akan sejuk dalam sekelip mata.


4)         INFANT PILLOW
Sangat menjengkelkan ketika bayi terbangun ketika anda membaringkannya di tempat tidur. Bagi mereka yang sudah menjadi ayah dan ibu, ini adalah cara untuk membuat bayi merasa bahawa mereka masih di tangan anda. Bantal bayi ini merupakan ciptaan seorang ibu yang bosan mencuba berbagai cara untuk menjaga bayi tidur di tempat tidur. Dinamakan sebagai Zaky, bantal ergonomis bayi ini meniru ukuran, berat, sentuhan, dan perasaan tangan dan lengan ibu untuk membantu bayi dengan ketenangan, dukungan, perlindungan, dan perkembangan.



5)         LASER SCISSOR
Muak dengan hujung kertas yang tidak teratur? Pemotongan satu garis lurus tidak lagi pekerjaan berat. Arahkan titik laser dan ikut garis untuk mendapatkan potongan yang halus. Gunting laser ini tidak pernah menghalang  anda untuk memotong dengan sempurna. Pisau gunting terbuat dari stainless steel memiliki tepi bergerigi mikro, memberikan hasil akhir pemotongan yang terbaik.


6)         PENGUIN TEABAG DEEPERS
Membuat secangkir teh panas kini lebih mudah dari sebelumnya. Berikut adalah penguin yang mencelupkan kantung teh ke dalam air panas di cangkir anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah hanya set timer berapa lama anda ingin kantung teh berada di dalam air. Putar tombol timer dan paruh berjalan masuk. Setelah waktunya habis, penguin menaikkan paruhnya bersama kantung teh.




7)         ALAT KESELAMATAN MOTOSIKAL
Alat keselamatan ini direka oleh Marc Graells adalah untuk pengguna motosikal. Alat ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai alat sekuriti bahkan ia juga berupaya untuk melindungi motosikal anda daripada sebarang habuk dan kotoran.  Alat ini dilengkapi dengan penggera keselamatan jika terdapat sebarang cubaan untuk mencuri motosikal anda. Inovasi ini mungkin agak baru bagi kita dan akan menjadi salah satu pilihan bagi anda

8) Kereta Solar

Bermulanya era tenaga sampingan di mana kereta kini hanya menggunakan tenaga solar sebagai sumber pengganti bekalan tenaga elektrik. Inovasi ini ternyata menjimatkan kerana pengguna tidak perlu mengeluaran sebarang belanja untuk penggunaan minyak petrol.


9) Beca Elektrik ( Human Power Booster )

Penghasilan inovasi beca ini adalah bagi membantu mengurangkan bebanan ketika membawa penumpang serta memudahkan pergerakan si pembawa beca. Ia juga bertujuan supaya tahap kelajuan beca tersebut lebih tinggi berbanding jika mengayuhnya dengan basikal biasa. Pelanggan akan lebih berpuas hati ketika menaiki beca berkuasa elektrik ini.





10) BERUS GIGI PLUS+

Inilah gambar 3D prototype produk sikat gigi PLUS+ yang dikombinasikan dengan pasta gigi di dalam gagang sikatnya serta bongkar pasang kepala sikat.
Tiga bahagian utama sikatb gigi PLUS+ :
1)      Gagang sikat tempat penyimpatan pasta gigi
2)      Leher siokat sebagai mekanisme pengeluaran pasta gigi
3)       kepala sikat yang boleh di bongkar pasang